

Kami bertolak dari
bandar Bintulu kira-kira pukul 11:30 pagi.Sebelum meninggalkan bandar
Bintulu kami pergi ke stesyen minyak untuk mengisi penuh tangki kenderaan.Keadaan cuaca sangat baik
sejak dari pagi tadi.Kami memang mengharapkan cuaca sedemikian supaya melancarkan
pergerakkan kami.
“Berapa lama perjalanan?”tanya
Senaga sewaktu kami baru meninggalkan bandar Bintulu.
“Lebih kurang enam atau tujuh jam,”jawab Semawi
“Berapa jauh Murum dari sini pak ?tanya Azmi pulak
“Lebih kurang satu ratus tujuh puluh kilometer,”jawab saya.Mereka
berdua saling berpandangan sesama sendiri.Lepas itu mereka berdua diam
sahaja.Mungkin tiada apa nak ditanya lagi.
Laluan masuk ke Simpang Bakun |
![]() |
Penjual di Simpang Bakun |
![]() |
Simpang Bakun |
“Simpang Bakun,”jawab saya
“Masih jauh?tanya dia lagi dalam pelat Bahasa Indonesia.
“Lagi,”jawab saya ringkas.Dia diam.
Senaga tidak banyak bercakap.Hanya mata dia sahaja yang
meliar melihat ke kiri dan ke kanan.Kenderaan kami terus berlalu dari simpang Bintulu
menghala ke Bakun.Destinasi kami seterusnya menuju ke simpang Murum.Semawi
meminta Ajah untuk menggantikanya memandu.Semawi kata dia mulai merasa
mengantuk.
![]() |
Simpang Sg.Asap |
Kenapa orang tempatan tidak ramai bekerja di dalam sektor
perladangan ?Adakah bekerja di ladang itu low
standard bagi orang kita ?
Bukankah tempat tinggal dan keperluan asas lain seperti elektrik dan air diberikan secara percuma
oleh majikan ?Ya,percuma.Tak perlu bayar satu senpun.
Pada pendapat saya jawapannya adalah berkisar pada masalah
gaji.Kita dapat melihat tawaran gaji terlalu rendah.Sebagai contohnya,gaji seorang field conductor yang baru masuk bekerja
hanya sekitar Rm450.00-Rm500.00 sebulan..Selepas
ditambah dengan elaun serta bayaran kerja lebih masa mereka mungkin memperolehi sekitar Rm750.00-Rm850.00 sebulan.Nampak jumlah seperti banyak.Pada
hakikatnya,pendapatan tersebut belum cukup untuk menampung saraan hidup mereka.Kita harus sedar bahawa
lebih separuh daripada gaji bulanan dihabiskan untuk bayaran ansuran
kereta,perabot rumah,motosikal dan keperluan lain.Ini tak termasuk duit untuk
kegunaan penyelenggaran kenderaan seperti tayar pancit,servis minyak pelincir dan
duit minyak.Mana duit belanja untuk keperluan dapur ?Mana duit standby untuk pergi berubat kalau sakit
?Belum sampai tengah bulan dompet dah kering !
Itu baru perbelanjaan untuk orang bujang.
Kalau sudah berkeluarga macam mana ?
Boleh hidup ke makan gaji macam tu ?Tepuk dada tanya
selera.
Kenapa pula orang asing boleh hidup makan gaji macam itu ?Malahan ada di kalangan mereka sudah bertahun-tahun
bekerja di situ.Apa kelebihan mereka ?
Saya berpendapat taraf pemikiran dan gaya kehidupan mempengaruhi rentak kehidupan manusia.Di Malaysia,cara kehidupan masyarakat kita sudah berlainan jika dibandingkan dengan zaman dahulu.Isu kewangan merupakan perkara utama dalam kehidupan.Dulu kita hidup umpama kais pagi,makan pagi .Kais petang,makan petang.Kita tiada cita-cita tinggi.Hidup ala kadar sahaja.Dalam era serba maju sekarang corak pemikiran kita banyak dipengaruhi kehidupan dari negara barat.Kalau kita lihat jiran pakai kereta,kitapun nak pakai juga.Jika orang lain beli perabot rumah,kitapun nak ikut beli.Kalau kita lihat orang lain tinggal di rumah besar,kitapun teringin nak macam mereka tinggal di rumah besar.Kalau kita nampak orang pakai telefon bimbit keluaran terbaharu di pasaran,kita ada hati nak beli juga macam itu.Kalau orang makan ayam goreng,kita sama nak makan ayam goreng.Jika mereka ada wang simpanan di bank,kita ingin juga ada wang simpanan macam mereka.Semuanya gara-gara kita inginkan kualiti kehidupan yang tinggi dan selesa sepanjang masa termasuk untuk bekalan di hari tua.
Saya berpendapat taraf pemikiran dan gaya kehidupan mempengaruhi rentak kehidupan manusia.Di Malaysia,cara kehidupan masyarakat kita sudah berlainan jika dibandingkan dengan zaman dahulu.Isu kewangan merupakan perkara utama dalam kehidupan.Dulu kita hidup umpama kais pagi,makan pagi .Kais petang,makan petang.Kita tiada cita-cita tinggi.Hidup ala kadar sahaja.Dalam era serba maju sekarang corak pemikiran kita banyak dipengaruhi kehidupan dari negara barat.Kalau kita lihat jiran pakai kereta,kitapun nak pakai juga.Jika orang lain beli perabot rumah,kitapun nak ikut beli.Kalau kita lihat orang lain tinggal di rumah besar,kitapun teringin nak macam mereka tinggal di rumah besar.Kalau kita nampak orang pakai telefon bimbit keluaran terbaharu di pasaran,kita ada hati nak beli juga macam itu.Kalau orang makan ayam goreng,kita sama nak makan ayam goreng.Jika mereka ada wang simpanan di bank,kita ingin juga ada wang simpanan macam mereka.Semuanya gara-gara kita inginkan kualiti kehidupan yang tinggi dan selesa sepanjang masa termasuk untuk bekalan di hari tua.
Berbalik kepada perkara kenapa orang asing mampu bertahan
makan gaji rendah di negara ini,saya rasa cara mereka hidup adalah berbeza
dengan kita.Mereka datang ke negara ini hanya untuk mengumpul duit.Mereka tidak membeli harta
benda di sini seperti yang kita lakukan.Masyarakat kita lain.Kita bekerja
sambil membeli harta seperti rumah,kereta,tanah dan lain-lain.Malahan,mereka
sanggup bersusah payah hidup dan ikat perut serta makan nasi berlauk tumis ikan bilis dengan cili kering saja hingga berbulan-bulan asalkan dapat bawa duit
pulang ke negara asal.Kita mana boleh. Lagipun,kebanyakkan mereka yang
bekerja di sini datang tanpa membawa keluarga.Hanya sebatang kara.
![]() |
Simpang ke Murum |
![]() |
Kedai runcit di Aloi |
Perjalanan dari simpang Bakun ke Murum amat menguji kesabaran kami.Badan terhenjut-henjut akibat jalanraya rosak dan berlubang.Seakan-akan naik kereta kuda.Sekali -sekala kami
bertembung dengan lori-lori yang sarat dengan muatan kayu balak yang datang
dari arah hadapan.Besar-besar kayu balak yang diangkut.Besar dari dua
pemelukpun ada.Tentu untung besar
syarikat yang mendapat lesen penebangan kayu balak di kawasan ini.
Beberapa tahun dahulu,keadaan jalanraya agak elok.Lama-kelamaan ianya semakin teruk kerana tidak diperbaiki.Mana bajet yang disalurkan oleh kerajaan pusat untuk negeri
Sarawak bagi memperbaiki infrastruktur terutamanya jalanraya ?Timbul soalan itu di benak fikiran saya.Mudah-mudahan masalah ini
dapat diselesaikan dalam beberapa tahun akan datang demi keselesaan rakyat sesuai dengan slogan”Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan”.
![]() |
Aloi- transit point |
Sepanjang perjalanan menuju ke simpang Murum,kelihatan
beberapa buah rumahpanjang moden didirikan terutamanya berdekatan kawasan Tubau.Grid pencawang elektrik dari Empangan Hidro Bakun kelihatan merentasi hutan
di kiri dan kanan laluan kami.Anehnya,saya lihat tiada sambungan elektik disalurkan ke rumahpanjang-rumahpanjang yang berdekatan.Sedangkan,Empangan
Hidro Bakun sudah beroperasi sepenuhnya.Agaknya,bila mereka ini akan dapat bekalan elektrik 24 jam
?

![]() |
Kem penginapan Air-Marine di Murun |
Setengah jam kemudian,kami meneruskan perjalanan semula.Kali ini,Semawi jadi pemandu.Ajah kembali duduk di bangku belakang.Dia duduk di sebelah kanan saya.Kali ini perjalanan kami lebih mencabar kerana melalui jalan tanah kuning dan berdebu.Lebih menyulitkan lagi,laluan ke Murum sentiasa sibuk dengan lori-lori kayu balak sepanjang masa.Silap sikit akan mengundang nahas.Di kiri dan kanan jalanraya sentiasa ada curam.Kecut perut saya melihat pemandangan ke bawah.Pokok-pokok kelihatan rendah apabila dipandang dari atas kenderaan yang dinaiki oleh kami.
![]() |
Bentuk mukabumi yang bergunung-ganang |
Kelapa sawit masih
ada ditanam di sepanjang jalan ke
Murum.Semuanya sudah mengeluarkan hasil.Sekali-sekala kenderaan kami bertembung
dengan lori yang penuh mengangkut buah kelapa sawit.Tedetik di fikiran saya,seandainya
beginilah tindakan pro aktif kerajaan mengalakkan syarikat-syarikat besar melabur
dalam bidang penanaman padi di Sarawak,sudah tentu rakyat merasa seronok memperolehi
banyak keuntungan kerana boleh membeli beras
lebih murah.Kita tak perlu bergantung kepada beras import lagi.
![]() |
Suasana yang berkabus pada waktu pagi |
Petang itu,saya dan Ajah mengikut salah seorang kawan lama di situ iaitu Boy pergi melihat pukat yang dipasang dia pagi tadi di sungai Murum.Kami dapat ikan lebih kurang lima kilogram.Ada ikan mengalan, tengadak,baong dan urum. Malam itu,kami makan panggang ikan.Ada juga yang dibuat ikan goreng.Sedap betul.Ada juga di kalangan rakan-rakan sekerja di Murum yang membeli beer dan vodka.Macam dah jadi acara barbecue pulak.Saya dan Ajah pergi masuk tidur pukul 11:00 malam.Semawi masih ikut teman-teman minum di tingkat bawah.Saya tak tahu bila dia masuk bilik untuk tidur.
****************************************
![]() ![]() |
Power house station |
Seingat saya,bila saya buka mata saja hari sudah
siang.Semawi sudah habis mandi.Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 pagi.Saya dan Ajah bangkit dari tempat
tidur.Kami bergegas turun ke bawah untuk mandi.Dingin betul air tadahan dirasakan
sehingga terasa menusuk sampai ke tulang sum-sum apabila disiram ke
badan.Sejurus habis mandi dan siapkan pakaian untuk turun kerja,saya dan Ajah
terus bersarapan pagi.Semawi turut sama bersarapan.Kami minum instant coffee 3 in one dan makan mee bungkus.Senaga dan Azmi sudah selesai
bersarapan.Mereka berdua cuma tunggu kami bertiga sahaja.
Tepat pukul 8:00 pagi krew kami turun memulakan tugas dismantling kren.Lokasi kren
terletak di
power house station.Beberapa orang pekerja lain daripada work shop
unit turut membantu.Sebaik sahaja tiba di tempat kerja,saya terus menghidupkan injin kren.Sementara
itu,Semawi dan Ajah mencari tapak yang sesuai
untuk kami melakukan tugas pemotongan boom dan body crane.Setelah memperolehi tapak yang sesuai kami terus melakukan kerja dismantling kren.Kami
berhenti kerja hanya untuk pulang makan tengah hari.Lepas tu,sambung kerja balik.Cuaca sangat
panas sekali.Tugas
dismantling kren siap lebih kurang pukul lima petang.Kami
cuma tunggu trailer dan heavy lift team
datang dari Bintulu untuk memindahkanya dari power house ke main dam.
Tepat pukul 8:00 pagi krew kami turun memulakan tugas dismantling kren.Lokasi kren
![]() |
Kerja dismantling kren sedang dilakukan |
Habis sahaja dari bekerja,saya dan Ajah pergi tengok pukat
yang masih dipasang semalam.Kami pinjam perahu orang tempatan di situ.Kali ini
kami dapat lebih banyak ikan.Kami dapat
jenis ikan yang sama seperti semalam.
“Bagus kalau dibuat perkasam,”saya mencadangkan pada Ajah
“Betul juga,”jawab Ajah
“Pandai buat perkasam ?”tanya saya
“Bolehlah.Sikit-sikit,”balas Ajah
“Okay.Kalau macam tu,nanti aku beli garam dekat
kedai cina di atas bukit tu.Ada juga ole-ole
untuk dibawa pulang dari sini,”saya mencadangkan kepada Ajah
“Bagus idea awak tu.Kalau begitu elok saya siangkan ikan ni
di sini dulu .Sampai di atas sana nanti cuma gaulkan dengan garam saja,”kata
Ajah
Saya anggukkan kepala tanda bersetuju sambil tangan kanan
saya menghulurkan parang kepada dia.
![]() |
Memasang pukat |
Selesai makan,saya ajak Semawi pergi ke kantin untuk beli
garam.Dia tidak membantah.
Selepas sepuluh minit perjalanan menggunakan pacuan
empat roda,saya dan Semawi tiba di kedai yang dituju.Saya terus membeli
garam.Saya terlopong mendengar tauke
kedai sebut harga garam halus 250 gram satu bungkus Rm2.00.Harga cekik darah betul,getus hati saya.Kalau di bandar harganya
baru Rm0.50.Mahu tak mahu,saya beli juga.Saya beli lima pekit.Saya capai satu
botol besar coca-cola.Harga satu botol Rm5.00.Semawi tidak membeli
apa-apa barang.
![]() |
Hasil tangkapan |
“Panas betul harga barang di sini,“bisik Semawi
“Buka kedai di sini tidak lama jadi kaya.Dua tahun dah cukup,”balas saya.
Dia tersenyum kambing mendengar kata-kata saya.Setelah membeli barang,saya dan Semawi masuk ke dalam perut kenderaan pacuan empat
roda.Kami balik semula ke kem penginapan di power
house station.Saya naik ke tingkat atas.Langkah Semawi terhenti di pintu masuk hadapan kem.Ramai
pemandu-pemandu trailer sedang berbual di situ.Mungkin dia nak berborak dengan mereka
sebentar.Sewaktu saya masuk ke bilik kongsi kami,saya lihat Ajah sedang baring
di atas tilam.Saya serahkan bungkusan garam kepadanya.Setelah itu,saya baring
di atas tilam milik saya.Saya memehatikan Ajah saja.Dia lalu koyakkan bungkusan
garam dan tuangkannya ke dalam baldi yang berisi ikan.Dipicit-picitnya satu
per satu ikan tersebut.
![]() |
Menyiang ikan |
![]() |
Siaran tv hanya dapat ditonton menggunakan parabola |
“Dah selesai,”katanya sambil tangan dia meletakkan
baki garam yangmasih tertinggal sedikit di dalam bungkusan itu ke dalam
bungkusan plastik besar.
Kemudian dia balut muka depan baldi dengan plastik untuk
dijadikan sebagai tudung.Plastik itu diikatnya dengan tali rafia.Baldi tersebut dia letak di luar.Kemudian Ajah capai tuala yang tersidai di
ampaian dengan tangan yang masih
belumuran dengan garam. Tuala itu lalu dibelitkannya ke punggung.Dia ambil bekas sabun sekali.
“ Aku nak mandi.Awak ?”dia membesarkan biji matanya ke
arah saya
“Boleh juga,”saya menjawab.Saya bangkit dari tempat baring lalu meluru keluar ambil tuala
di ampaian dan masuk ke bilik semula untuk menanggalkan coverall yang masih dipakai
di badan.Saya letak coverall ke dalam baldi.Lepas itu,saya belitkan tuala ke
badan.Saya bubuh serbuk pencuci ke dalam baldi yang mengandungi pakaian.Ajah berdiri di sisi pintu menunggu saya.
“Jom,”kata saya kepada Ajah
![]() |
Kedai |
Kami melangkah turun
ke tingkat bawah.Suasana di tingkat bawah masih penuh dengan pekerja-pekerja
dan pemandu-pemandu trailer yang sedang makan.Ada pula yang sedang menghisap rokok
sambil bercerita antara satu dengan yang lain.Berkepul-kepul asap rokok
berlegar di ruang makan. Mereka tidak mempedulikan saya dan Ajah yang melangkah
ke bilik mandi.Ajah terus mandi dan saya membasuh pakaian terlebih
dahulu.Selesai mencuci pakaian barulah saya mandi.Ajah lebih awal habis mandi.Habis
mandi,saya terus sidai pakaian di tali yang tergantung di tingkat atas.Lepas
itu,saya salin pakaian.Ajah sudah baring di atas tilam.Terkulap-kulap mata dia
memandang kipas yang sedang berputar laju.Saya membuka lipatan tilam dan
membentangkannya panjang.
![]() |
Kantin di Murum |
Saya merebahkan badan ke atas tilam.Nyaman sekali rasanya
walaupun tak setebal tilam empuk di
hotel lima bintang.Saya sengetkan badan sambil mata melihat teman yang baru
habis bercakap sebentar tadi.
“Peluru aku ada bawa.Ada lima biji semuanya,”sambung Ajah
lagi
“Apasal awak tak bawa senapang sekali?”saya mula bertanya
“Aku ingat si Effendi ada naik ke
Murum.Jadi bolehlah aku pinjam dia punya,”kata Ajah kepada saya.
Saya diam saja mendengar penjelasannya.
“Harap dia ada ikut heavy
lift teamlah datang dari Bintulu
besok,”tambah dia lagi.

*******************************************
Suasana terasa dingin.Saya terjaga dari tidur agak awal pagi
ini.Mata sudah tidak mahu tidur.Hujan renyai-renyai menimpa bumbung rumah memecah
kesunyian pagi.
Tik !tik!tik! bunyi air hujan jatuh menimpa bumbung rumah.
“Ajah,bangun !,hari dah siang,”saya mengusik dia agar
terjaga.
“Jam dah pukul enam setengah,”saya cuba berbohong.Saya tarik
selimut dari badan dia kuat-kuat.Tersembur keluar kepala dia.Ajah tarik semula selimut
untuk tutup kepala dia.
“Bangun awal,buat apa?.Bukan ada kerja.Hari ini kita tunggu
heavy lift team sampai,”parau suara dia keluar.Ajah menggulingkan badannya
membelakangkan saya.
![]() |
Laluan ke Empangan Murum |
“Di bilik Boy,”jawabnya
Saya dan Ajah sibuk salin pakaian.Siap salin pakaian kami
bertiga sama-sama turun ke ruang bawah untuk sarapan.
![]() |
Musang |
Menjelang petang heavy
lift team tiba dari Bintulu.Kami tidak membuang masa.Kami terus loading kren ke atas low bed trailer.High bed trailer diagihkan untuk membawa boom
kren dan counterweight.Pada mulanya,Pergerakan
kami agak perlahan akibat tersekat di beberapa selekoh terutamanya semasa
melalui jalan bercerun dan curam.Walau bagaimanapun,semua rintangan ini berjaya diatasi hasil daripada usaha semua krew yang terlibat.Kami tiba di main dam pukul
4:30 petang.
Kami bergegas jack
body kren dari trailer supaya trailer tersebut dapat dibawa pulang ke power
house.Boom kren dan counterweight sama diturunkan pada
petang itu juga.Hanya sebuah trailer
sahaja yang tidak dapat dikosongkan kerana tiada ruang yang cukup untuk meletak
barang-barang yang dibawanya.Kerja assembling
kren terus didilaksanakan oleh kami.Pasukan kami bekerja sampai malam.Pukul 9:00 malam
barulah kami pulang ke kem penginapan di power
house.Tiba di kem penginapan,kami langsung makan.Lepas makan barulah mandi.
Kami memburu menggunakan teknik “shooting on driving”.Kami tak perlu berjalan kaki tetapi cukup sekadar meninjau binatang dari atas kenderaan.Penembak perlu berdiri di belakang sambil kenderaan dipandu dengan kecepatan yang sederhana.Kami menggunakan spot light untuk menyuluh binatang.Malam itu,kami dapat tembak lima ekor musang.Jam 3:00 pagi kami balik dari berburu.
***************************************
![]() |
Kerja assembling kren di tapak baru |
![]() |
Kren di lokasi Empangan Murum (main dam) |
Hari ini kami sambung kerja assemble kren di main dam.Kami sudah berada di sini sejak pukul 8:30 pagi lagi.Cuaca sangat baik.Kami harus bekerja keras supaya tugas memasang
kren dapat diselesaikan secepat
mungkin.Kami bekerja tidak mengira masa.Pada tengahari kami tidak pulang makan ke kem penginapan.Kami makan nasi bungkus yang dibeli di kantin.Menjelang malam barulah tugas kami siap.Kami balik ke kem penginapan
lebih kurang pukul tujuh malam.Kami bertiga awal masuk tidur kerana keletihan.Lagipun,besok
pagi kena bangun awal kerana nak balik ke Bintulu.Misi kami di Murum sudah
selesai.