Waktu

Wednesday, 24 October 2012

Pantai ABF kidurong,Bintulu,tapak jualan ikan segar.



Hai !Salam sejahtera buat anda semua.Bertemu kembali kita di entri kali ini.Terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.


Suasana di Pantai ABF
Ikan segar dari laut
penjual
Baiklah,nak dijadikan cerita pada hujung minggu lepas saya telah pergi ke Pantai ABF yang lokasinya terletak  tidak jauh dari kawasan Perumahan Kidurong,Bintulu.Tempat ini memang jadi pilihan saya kalau saya nak membeli ikan.Pantai ABF ini  kira-kira 12 kilometer  jauhnya dari bandar Bintulu.Tempat ini  biasanya sering  dikunjungi oleh  masyarakat setempat di sekitar  Bintulu kerana ianya merupakan  tempat yang popular  untuk hasil tangkapan laut yang baharu dan masih segar daripada nelayan-nelayan pesisir pantai yang menjual secara terus kepada pembeli.Pada kebiasanya,nelayan-nelayan ini  tiba dari laut pada waktu pagi dan ada di antara mereka ini sudah berada di tapak jualan ikan mereka  sejak  jam 8.30 pagi lagi.Selain daripada menjadi tempat menjual ikan,tempat ini juga terdapat gerai-gerai menjual  makanan,kuih-muih, minuman,sayur-sayuran dan buah-buahan kepada pengunjung.Pantai ABF  juga sesuai dijadikan sebagai tempat beriadah bersama keluarga terutamanya di hujung minggu.


Hari itu,sebaik sahaja saya sampai di tapak jualan ikan suasana di  Pantai ABF memang sudah dipenuhi oleh orang ramai yang datang berkunjung ke situ.Lagipun,hari itu saya tiba agak akhir iaitu sekitar pukul 10.00 pagi.Keadaan laluan jalan-raya agak sesak.Lot-lot yang disediakan untuk  meletak kereta semuanya penuh. Akibatnya, banyak kenderaan yang pakir di bahu-bahu jalan.Sayapun ikut pakir di tepi jalan.Selesai  meletakkan kereta,saya buat tinjuan ke seluruh kawasan dulu.Bermula dari  laluan masuk sampailah ke hujung tapak jualan.Lepas itu,barulah saya berpatah balik ke tempat orang menjual ikan tadi.Kali ini,saya terus beli ikan dan sayur.Selesai  sahaja membeli saya begegas nak balik ke rumah.Dalam hati ini teringin sangat nak buat resipi umai dengan ikan yang baru saya beli tadi.Sudah lama rasanya tak makan umai ni.Kalau di kampung memang hampir setiap hari buat umai .Lagipun, rumah keluarga saya di tepi laut.Kalau rasa nak makan ikan,pergi saja ke laut pasang pukat.Pasti dapat ikan.Segar lagi tu.Bak kata orang “ikan masih melompat-lompat dimasak di dalam periuk”. 
Umai itu apa ya ?Tentu ramai yang nak tahu kan terutama bagi yang belum pernah datang ke Sarawak ? Sebenarnya perkataan umai itu berasal daripada bahasa suku kaum Melanau iaitu ikan mentah  yang diambil isinya lalu disiang halus serta dicampurkan dengan air limau,cili,bawang merah ataupun bawang besar,garam,serbuk perasa dan beberapa bahan-bahan lain.Ianya boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat lauk.Jika dimakan bersama dengan sagu,tentu lagi sedap.Bapa mertua lalu di depan matapun  tak disapa.

Membuat Umai

Ikan pirang
Cara nak membuat resipi umai ini tidaklah susah sangat.Bahan-bahan yang kita perlukan juga agak senang untuk kita dapatkan di mana-mana tempat.Bagi anda yang ingin mencuba membuat umai silalah ikut langkah demi langkah yang saya sediakan di sini.Untuk memudahkannya lagi,saya sertakan dengan gambar-gambarnya sekali.

Ikan besar mata
*Mula-mula tu kita harus ada ikan.Kalau boleh kita harus dapatkan ikan segar.Jenis ikan yang kita sering guna untuk membuat umai biasanya seperti ikan perang,bulan,terubuk,yu,ikan besar mata,tenggiri,bawal,senangin,belanak dan bermacam-macam lagi.Ikan pari,tongkol,dan lomek tidak sesuai untuk dibuat umai.Bagi resipi umai ini,saya gunakan1kilogram ikan besar mata seperti gambar di sebelah kiri.


Gambar 1
Gambar 2
*Buangkan semua sisik yang melekat pada badan ikan.Potong kepalanya sekali.Setelah itu bersihkan ikan tadi dengan air.Seterusnya,ambil isi ikan dengan memotong dari atas kepala ke hingga ke ekor.Tentukan anda memotong isinya sehingga sampai ke tulang tengah agar kita tidak membazir isinya yang masih melekat pada tulang.Lihat gambar 1 dan 2 untuk cara memotong isi ikan.

Gambar 4
Gambar 3


*Ulang langkah di atas untuk dapatkan isi ikan dan letak isinya pada mangkuk ataupun pinggan.Lihat gambar 3.Kemudian,potong isi ikan tersebut dalam bentuk hirisan kecil seperti gambar 4.

*Potong bawang besar,bawang merah,cili dan hiris halus-halus.Letak semua hirisan tersebut dalam satu pinggan.
Gambar 5
*Potong limau kasturi dan perah air jusnya dan ambil sedikit isi hampas limau.

*Tuangkan isi ikan,hirisan bawang,cili,hampas isi limau dan air limau ke dalam satu mangkuk.Gaulkan semua bahan-bahan tadi hingga sebati.Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.Lihat gambar 6.
Gambar 6
*Biarkan selama 3-5 minit dan kemudian ianya sedia untuk dimakan.
Umai Sarawak
"SELAMAT MENJAMU SELERA"






No comments:

Post a Comment