Waktu

Tuesday, 12 November 2013

Balik Kampung



Balik Kampung
Sungai Bedengan


Rancangan aku nak balik ke kampung dah beberapa kali tertangguh sebelum ini.Kampung aku namanya Kampung Kuala Bedengan.Ianya terletak di jalan pesisir pantai Mukah-Balingian.Kira-kira 35 km jauhnya dari Bandar Mukah.

Tamu di tepi jalanraya
Namun,pada awal bulan November ni barulah aku ada kesempatan  balik ke kampung.Itupun  selepas aku selesai bekerja  pada hari Sabtu sebelah petang.Nasib baik hari tu aku banyak free, tak ada buat apa-apa.Jadi,jam satu petang aku dah angkat kaki dari tempat kerja.Nasib baik jarak tempat aku kerja  dengan kuaters yang aku diami dekat.Kira-kira 10 minit kalau pakai kereta. Sebaik saja tiba di kuaters,aku  terus capai beg dan isikan dengan beberapa helai baju dan seluar.Tak sampai lima minit semuanya dah siap.Bukan apa,aku main sumbat aje semua pakaian tu ke dalam beg.Sebab tulah kerja aku tu cepat.Lepas tu barulah aku mandi.Selesai mandi dan salin pakaian,aku terus keluar dari rumah.
Dari kiri ke kanan:Moni dan sepupu saya

Sebaik saja aku masuk ke dalam perut kereta, aku hidupkan injin kereta .Lepas tu aku telefon seseorang.Nama orang tu Zamri.Dia tu pekerja di sebuah tapak penanaman anak benih getah.Aku telefon dia sebab aku nak beli benih pokok getah dari nursery tu.Satu batang pokok anak benih getah dijual dengan harga RM5.00.Aku suruh dia sediakan 100 pokok.Cukuplah tu dulu fikir aku.Lain kali beli lagi.Bukannya tapak semaian tu pandai lari.Besok lusapun
masih ada.Janji ada duit.Kalau balik kampung lagi di minggu lain atau bulan lain aku beli lagilah. Di situ bukan saja ada jual benih pokok getah.Benih kelapa sawitpun ada.Anak benih kelapa sawit dijual dengan harga RM10.00 satu pokok.Boleh tahan jugak harganya !

Buah Kemantan
Aku juga telefon orang tua aku di kampung.Aku beritahu mereka yang aku jadi balik hari ni.Memang dah jadi kebiasaan aku kalau   Sabtu  kebanyakkan orang kerja setengah hari.Orang ramai mulai balik dari tempat kerja.Di tempat aku bekerja ni,kesesakkan lalu-lintas dah jadi lumrah terutamanya pada waktu puncak iaitu jam 6.00 pagi hingga jam 8.30 pagi.Pada tengah hari,kesesakkan agak terkawal sebab ramai pekerja-pekerja tidak balik ke rumah.Mereka makan di tempat kerja.Di sebelah petang,bermula dari jam 5.00 petang hingga jam 7.00 malam juga sibuk.Ada yang menggelarkan jalan Kidurong ni laluan maut.Hampir setiap minggu ada kemalangan berlaku terutamanya pada waktu hujan.Ada saja kenderaan yang terbabas. Laluan  Kidurong menuju ke bandar Bintulu memang sesak.
aku balik kampung aku akan beritahu orang tua aku dulu.Kalau aku tak jadi balikpun aku akan telefon mereka.Selesai telefon,akupun pandu kereta keluar dari tempat pakir ke jalan besar.Jalan raya mulai penuh dengan kenderaan.Maklumlah,hari
Bapa di Kebun Sawit

Destinasi seterusnya ialah stesen minyak.Aku pam minyak ke dalam tangki kereta penuh-penuh.Dalam sekelip mata,Rm 50.00 aku habis untuk beli minyak kereta.Alahai !....duit…duit…senang sangat engkau melayang ya.Kalau nak simpan duit bukan main susah.Apatah lagi kalau orang makan gaji macam aku ni.Sebulan sekali baru nampak duit.Dahlah gaji tak seberapa.

Memang dah jadi tabiat aku kalau aku lakukan perjalanan jauh,aku  minyak di stesen yang lain tu dah habis aku masih boleh
Nick dan Ibunya
selamat.Siap isi minyak aku beli ikan dan daging di supermarkert.Lepas itu aku terus menuju ke tapak semaian menjual anak benih pokok getah.Tempat tu taklah jauh sangat.Kira-kira 10 km jaraknya dari tempat tinggal aku.Sebaik aku tiba,pokok getah yang aku nak beli tu memang sudah ready kat sana.Cuma tunggu nak simpan dalam kereta saja.Nasib kereta aku muat untuk diisi dengan 100 pokok getah tu.Selesai membayar,aku terus pecut kereta.Tak nak lambat-lambat lagi.Jam waktu tu dah tunjukkan pukul 1.25 petang.

suka isi minyak penuh.Lagipun,manalah tau kalau ditakdirkan

Perjalanan aku dari Bintulu ke Mukah baru bermula.Nampak gayanya  cuaca sangat baik sekali.Panas sepanjang hari.Senang hati aku.Pekara yang sangat aku tak suka adalah memandu waktu hujan.Apatalah lagi kalau waktu malam.Banyak mengundang bahaya.Dipendekkan cerita,selepas menempuh perjalanan sejauh 155 km ataupun kira-kira dua jam aku tiba di Pekan Selangau.Aku cuma berhenti di stesen Petronas untuk pam minyak kereta.Sekali lagi aku kena keluarkan Rm 36.00.Selesai mengisi minyak aku terus meneruskan perjalananku.Perut aku mulai terasa lapar.Ingin saja hatiku untuk singgah di gerai makan yang terletak di hadapan simpang  Selangau- Mukah.Namun niat itu aku tahan saja.Aku nak cepat sampai ke rumah.Di bahu jalan kelihatan terpampang papan tanda menunjukkan jarak  55km lagi untuk aku tiba ke destinasi.Jam di dashboard keretaku menunjukkan pukul 3.35 petang.Keadaan cuaca di Pekan Selangau panas.
Ibu saya

Aku meneruskan perjalananku.Setelah menempuhi perjalanan selama 35 minit dari Pekan  ke sebelah kanan hadapan kereta untuk mengangkat bag pakaian.Aku berjalan kaki masuk ke pekarangan rumah.Ketibaan aku disambut salakkan anjing.Dari jauh dia memutar-mutarkan ekornya  tanda dia kenal aku.Aku nampak  sekeliling rumahku semua pokok mempelam,kuaini,rambutan,Kemantan sedang bebuah.Ada yang sudah masak dan ada pula yang masih kecil.
Mesin getah
Selangau,akhirnya aku tiba di kampung halaman aku,iaitu Kuala Bedengan.Aku tidak terus memasukkan kereta ke halaman rumah.Aku berhentikan kereta di jalan besar.Aku tak matikan injin kereta.Aku keluar dari kereta.Aku pergi

Aku masuk ke dalam rumah.Suasana sepi.Tiada orang di ruang bilik tamu.Agaknya bapa dan mak di dapur getus hatiku.Sebaik melangkah ke bilik dapur,aku lihat mak sibuk  membuat sesuatu.Mak tengah timbang buah mempelam sambil dia   6 tahun sudah dibeli oleh mak.
Pokok kedondong bangkok.
membelakangkan aku.Aku perhatikan alat timbangan itu sudah agak usang.Entah-entah alat timbangan itu sudah tak berapa elok lagi untuk dipakai.Seingat aku,alat timbangan itu lebih daripada
“Awal kamu sampai.Ingatkan malam nanti baru sampai,”tanya mak sambil tangan dia masih menimbang buah mempelam
“Tadi aku bertolak awal,”jawabku
“Bapak mana mak ?”tanya aku tak sabar.Dari tadi aku tak nampak kelibat orang tua tu dalam rumah.
“Ada.Tengah spray racun rumput di hujung kebun tu,”
“Ni aku nak ajak bapa hantar anak pokok getah terus ke tapak tanaman.Semua anak pokok tu belum aku keluarkan lagi dari dalam kereta mak.Kalau terus hantar ke sana kan senang,tak payah buat kerja dua kali,”terang aku kepada mak
“Elok sangatlah tu.Kalau macam tu,cepat panggilkan bapa kamu tu.Hari dah nak malam ni,”mak mengarahkan aku
“Baiklah,”jawabku ringkas.
Aku menjenguk keluar dari pintu belakang rumah.Susuk tubuh bapa belum aku Nampak.Mana pula perginya orang tua ni bisik hatiku.
“Bapakkk ! bapakkk ! “ pekikku kuat.Namun belum ada balas.
“Bapakkk ! bapakkk ! “teriak aku lagi
“Ya….yaaaa.Aku  dengar ni,”tiba-tiba ada suara menjawab di sebalik rimbunan pokok limau kasturi di hujung sana.Masih jauh suaranya.Belum nampak batang hidung lagi.
“Bapa cepat sikittt….! Kita hantar anak pokok getah tu terus ke tapaknya sekali,”aku masih
meninggikan suaraku
Tak lama kemudian bapa muncul bersama tangki pam yang masih digalasnya di belakang.
“Sejak tadi aku  tunggu kamu.Belum jugak sampai…..sampai.Dah jenuh.Jadi aku pergi spray dulu.Waktu kamu sampai tadi aku tahu. Tapi kerja aku masih alang-alang.Nak habiskan racun dalam tangki ni.Lagipun hari masih tinggi ni,”katanya
Anak saudara aku Velencia @Ipek tidur keletihan.
Aku diam mendengar penjelasannya.Aku toleh jam di tangan.Pukul 4.15 petang.Bapa masuk ke dalam rumah.Aku pergi ke kereta semula.Aku ambil barang dari dalam bonet belakang kereta.Aku bawa masuk ke dapur.
“Apa tu ? “tanya mak
“Ikan dan kambing batu,”Aku menjawab.Mak faham maksud kambing batu yang aku katakan kepadanya.Mak terus ambil bungkusan dan letak di dalam singki.
“Nanti lepas kita balik dari sana,kita panggang daging tu ya pak,”ujarku kepada bapa
“Boleh jugak.Lama dah tak makan daging pangang,”jawab bapa
“Ikan tu mak goreng ajalah ya,”aku seperti mengarahkan mak.
“Sayap ayam tu simpan.Kalau mak nak goreng boleh jugak,”tambah aku lagi
“Daging tu nak dipanggang semua ke ?Banyak tu,”tanya mak untuk kepastian
“Bahagi dua ajalah.Selebih tu simpan untuk lauk esok lusa,”bapa menyampuk
“Jom bapak,”aku mulai ajak bapa beredar dari dapur.Kami sama-sama keluar menuju ke kereta.

Lebih kurang lima minit kemudian,aku dan bapa tiba di tapak penanaman getah.Aku mengeluarkan
Tanam pokok getah
anak getah dari perut kereta.Bapa menyusun anak pokok getah tersebut dengan rapi sekali.Tak sampai setengah jam,tugas aku dengan bapa sudah selesai.Sebelum balik ke rumah,aku lihat bapa ambil beberapa biji bendi yang masih muda di tepi parit.Dia simpan dalam plastik yang dia bawa dari rumah tadi.Kalau di pasar tamu Bintulu harga bendi yang bapa petik tadi memang tak kurang daripada dua ringgit harganya.Kalau sampai rumah,aku nak suruh mak masak sayur bendi tu gulai dengan belacan.Pasti sedap.

Tiba di rumah,aku masuk ke dapur.Mak tengah goreng ikan.Aku ambil daging di dalam basin.Aku siang-siangkan dagingnya.Lepas tu aku sapukan rempah pada daging itu.Bapa hidupkan api kayu.Selang beberapa minit,aku serahkan tugas seterusnya pada bapa.Tiba-tiba aku teringatkan makcik aku di Ulu Bayan.Dengan tak membuang masa aku capai telefon dan terus buat panggilan.Nasib baik panggilan aku terus dijawabnya.
“Hello Aunty  ! aunty free tak sekarang,”tanya aku
“Kamu di mana ni?”tanya dia balik
“Aku di rumah sekarang.Aku ada balik Bedengan.Baru sampai ni.Aku nak ambil aunty dan Ipek  ke sini.Lama aku tak jumpa aunty,”jelasku

Limau Kasturi
Benar sekali.Lama aku dah tak bersua muka dengan mereka.Lebih-lebih lagi anak saudara aku tu.Ada lima tahun aku tak lihat dia.Kalau dia berjalan bersendirian dan lalu depan aku,akupun tak kenal dia anak siapa.Waktu aku ke Ulu Bayan,aku tak pernah ada nasib bertemu dengan dia sebab dia tu masih bersekolah dan tinggal di asrama.Semasa sekolah cuti,aku pulak
yang tak ada balik ke kampung.Maklumlah orang bekerja macam aku ni bukannya senang minta cuti.
Tut limau madu
Makcik aku itupun setuju.Aku hidupkan injin kereta dan terus menuju Ulu Byan.Dalam perjalanan ke Ulu Bayan,lori pengangkut arang batu banyak betembung dengan aku.Agaknya mereka balik dari tempat kerja.Lebih kurang 15 minit perjalanan,aku tiba di rumah makcik aku.Mereka berdua sudah bersiap sedia menunggu aku tiba.Aku naik ke rumah sekejap saja.Tak sampai dua minit.Lepas tu,kami bertiga bertolak semula.Tiba di Kuala Bedengan,daging yang dipanggang bapa aku sudah tersedia di atas meja makan.Apa yang ditunggu lagi.Kami makan panggang daging babi dengan seleranya.

Ibu kumpul buah mempelam
Petang itu,kami makan malam agak akhir.Masih kenyang makan panggang daging babi.Jam lapan malam barulah kami makan nasi.Itupun makan sekadar menyudahkan saja.Banyak perkara dan topik yang kami bualkan malam tu.Tak terasa waktu dah menunjukkan tengah malam.Jam satu pagi barulah kami tidur.

No comments:

Post a Comment