Waktu

Saturday, 5 May 2012

Sembang-Sembang Gawai

Tarian Ngajat
Pejam celik,pejam celik kita sudah berada di bulan Mei.Masa berlalu dengan pantas sekali.Kadang-kala cuma diri kita sahaja yang tidak perasan tentang masa.Ataupun kita pura-pura buat tak perasan.Bagi masyarakat Dayak terutamanya yang berasal dari Sarawak,bahang perayaan Gawai yang disambut pada 1Jun setiap tahun sudah mula terasa.Segala perancangan untuk pulang ke kampung halaman sudah pasti telah dibuat.Borang permohonan untuk bercuti sudah tentu telah dihantar kepada majikan masing-masing.Cuma tunggu jawapan daripada bos samada cuti diluluskan ataupun sebaliknya.Bagi yang dibenarkan bercuti sudah pasti senyum lebar terpampang di raut wajah.Staf baru biasanya agak susah untuk dapat cuti.Di mana-manapun tempatnya memang sudah jadi lumrah untuk pekerja baru tidak dapat cuti pada hari perayaan.Tak apa,tahun depan kan masih ada.Bagi can kat abang-abang dan kakak-kakak senior kita ni aje lah.

Boat ekspress pengangkutan utama ke pedalaman Sarawak
 Saya masih menyentuh bab perayaan Gawai di kalangan orang kita.Ramai yang sudah mengatur bila tarikh nak balik kampung.Ada yang merancang nak menyabut Gawai di kampung sebelah isteri tahun ini.Ada juga yang pulang pada musin ini merayakan Gawai di kampung  si suami pula.Biasalah...tahun lepas sudah menyambut Gawai di kampung sebelah keluarga isteri.Kalau asyik di sebelah satu pihak saja,nanti ada pihak yang merunggut dan tidak puas hati.Silap-silap kita dituduh berat sebelah dan cakap kita tak suka kat ahli keluarga dia pulak.Jika dah sampai kes tuduh-menuduh ni bermakna ianya dah jadi kes berat.Boleh timbul permusuhan keluarga.So,untuk elakkan hal-hal macam ni berlaku kita kena adil dan saksama.Apa kata orang putih,win-win situation(situasi menang-menang).Kalau yang masih bujang atau solo tu tidak punya masalah ler ! .Secara automatis akan balik ke rumah ibu-bapa sendiri.

Wanita Iban ngajat
Begitu juga dengan sesetengah masyarakat Dayak yang berada jauh di perantauan.Semangat dan keinginan nak balik kampung ini memang tinggi.Apatah lagi kalau kita dikahabarkan oleh saudara-mara terdapat banyak majlis yang akan berlangsung di kampung seperti Gawai Kenyalang,Gawai Antu,Sandau Ari dan bermacam-macam lagi.Elemen-elemen sedemikianlah yang mendorong kita membuat keputusan muktamad untuk mesti pulang ke kampung.

Tempahan tiket kapalterbang,bas dan boat ekspress juga dibuat awal-awal lagi.Maklumlah takut kehabisan tiket terutamanya tiket kapalterbang yang membabitkan laluan penerbangan Semenanjung Malaysia dan Sarawak.Bukannya ada alternatif lain kalau kita nak pergi ke Sarawak ni.Mahu tak mahu pakai laluan udara jugak.Lainlah kalau ada cara lain.Malahan,ada di kalangan kita buat  tempahan tiket pada awal tahun lagi.Siap dengan tiket pulang-balik lagi tu.Lagipun kalau membeli tiket kapalterbang dalam tempoh 2 atau 3 bulan lebih awal,tambang agak murah sekiranya menggunakan penerbangan Air-Asia.Lagi jimat kos.Pengguna berhikmah dan bijak banyak feadahnya !.

Kaum Dayak generasi baru
Tidak ketinggalan juga banyak pasangan muda-mudi yang melangsungkan majlis melah pinang (perkhawinan) sempena Gawai Dayak.Ada di sesetengah tempat majlis melah pinang juga dikenali dengan nama Gawai Lelabi.Entah tak tau pulak saya,macam mana ianya mendapat jolokan Gawai Lelabi.Saya kurang pasti tentang hal ni.Lain kali ajalah kita cerita ya.Kena tanya kat orang tua-tua dulu.Tentu ramai yang ingin bertanya kenapa banyak pasangan nak melangsungkan majlis pernikahan serentak dengan perayaan Gawai Gayak ?Sebenarnya ini disebabkan cuti yang diberikan oleh majikan agak panjang serta ditambahkan dengan cuti kelepasan am,maka peluang yang ada terus dimanfaatkan dan digunakan untuk majlis perkhawinan.Lagipun,pada masa inilah sudara-mara banyak berkumpul di kampung.

.Bertemu dengan orang tua,adik-beradik,saudara-mara serta rakan-rakan yang agak lama ditinggalkan amatlah dinantikan.Ceria muka mak ayah melihat anak-anak dan cucu-cucunya dapat balik.Meskipun kadang-kadang suasana di rumah boleh jadi gamat gara-gara kerenah cucu-cucu yang ramai.Pusing kepala kalau mereka dah buat hal.Ada yang minta dibancuhkan susu.Ada yang menangis kerana kalah berebut alat mainan.Ada juga yang bergaduh sesama sendiri kerana tak mahu mengalah.Belum lagi yang merenggek nak minta duit untuk beli roti.Macam-macam boleh berlaku.Tapi,ayah dan mak tetap kool aje.Senang hati betul mereka.Itulah rahmat pada musin perayaan Gawai Dayak. Ini sajalah peluang  kita bergaul dan bersua muka sambil menjamu selera dengan manok pansuh dan lemang.Minum tuak (air tapai) dan beer bersama-sama rakan-rakan sekampung.Dapat juga melupakan tugas yang digalas di tempat kerja buat seketika.

Bagi yang dah puas minum dan makan dan dah tak nak ikut rombongan ngabang ke tempat lain,boleh juga mengembalikan nostalgia zaman hidup di kampung dengan pergi memburu,menangkap ikan,memasang jerat di denai dan macam-macam aktiviti lain.Manalah tau,kalau ada dapat banyak habuan boleh jugak dibuat perkasam dan salai. Dapat dibawa balik ke bandar lepas habis cuti nanti.
Ikan tapah amat 
Berapa bajet nak pakai untuk gawai tahun ini ?
Macam mana dengan air tuak ?Sudah dipolah ke belom ?(bahasa Sarawak).
Beer tiga harimau nak beli berapa crate ?"Kaki empat" tu nak beli berapa kilo tahun ni ?Semua orang dayak faham apa yang dimaksudkan dengan kaki empat.
Kuih-muih dan minuman?Bila akan beli ?
Baju baru untuk anak-anak sudah belikah?Fuhh ! kena tarik nafas panjang-panjang kalau dah nak dekat Gawai Dayak ni.Semuanya perlu duit....duit....duit.

 Sakit kepala kalau nak fikirkan semua ni.Tapi tak apa.Setahun cuma sekali merayakannya.Apatah lagi kalau sudah bertahun-tahun tak balik ke kampung.Malah ada di antara kita sudah beberapa tahun tak balik ke rumah panjang.Bukan sengaja tak mahu balik tapi kadang-kala macam-macam hal kena diutamakan.Waktu isteri dapat cuti,si suami pula tak dapat.Apabila si suami dapat cuti,si isteri pula tak dapat.
Kuih tradisional
 Begitulah realiti kehidupan manusia masa kini.Hidup berlumba dengan masa.Nasib baik kita sudah banyak kemudahan yang canggih.Kalau zaman dahulu bulan Mei ini kita akan hantar poskad Gawai Dayak kepada ahli keluarga,saudara mara,teman-teman dan kenalan tidak kira di manapun mereka berada.Itu cerita dahulu.Cerita zaman mak-ayah kita.
Air tuak

Zaman sekarang,kita lebih canggih lagi.Kita dapat berhubung melalui pelbagai cara meskipun berjauhan antara satu sama lain.Telefon,SMS,MMS,E-mail dan panggilan video 3G serta Facebook Chat Video bukan lagi menjadi benda asing dalam kehidupan seharian kita.Malahan sudah menjadi satu keperluan pula.Walaupun berjauhan beribu kilometer daripada ahli keluarga,kita tetap berhubung.Hantar poskadpun pakai alam maya.Klik sahaja di internet.Dalam masa beberapa saat sahaja kiriman yang kita buat sudah sampai kepada si penerima.Sekurang-kurangnya dapat juga kita mengubat rindu terhadap orang yang tersayang.

Semua nikmat kita kecapi adalah hasil daripada kemajuan yang kita perolehi di bumi Malaysia yang bertuah ini.Semoga bumi Malaysia sentiasa aman dan damai buat selama-lamanya.




No comments:

Post a Comment